Pegawai berpangkat Tinggi DCP Polis Disyakii Terliibat Dengan Addy Kanna Macau Scam
Deputi Komisioner antara 29 pegawai dan anggota polis sedang disiasat dipercayai terbabit dengan sindiiket didalngi Addy Kanna.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, salah seorang termasuk pegawai berpangkat Inspektor yang dipercayai memiliki wang simpanan dalam akaun berjumlah RM1 juta.
“Pada permulaan, empat anggota polis kemudian kita kenal pasti lebih ramai nama ditimbulkan dalam pembabitan dengan Addy Kanna.
“Kita akan buat susulan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat pembabitan dengan sindiiket ini, berkaitan isu aset dia, pergerakan dia dan sebagainya.
“Setakat ini 29 nama yang ditimbulkan disiasat (mungkin lebih ramai lagi yang akan disiasat) dan akan majukan kertas siasatan kepada pihak atasan untuk rujukan hukuman, kita berharap Januari boleh diselesaikan.
“Berhubung Inspektor polis yang memiliki simpanan RM1 juta, kita akan minta penjelasan lanjut dan siasat secara mendalam dari mana wang itu diperolehi sebab dia ada beritahu itu pemberian bapanya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin kepada pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed di Dewan Utama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini, hari ini.
Zamri berkata, JIPS akan menjalankan siasatan dari segi disiplin, perkhidmatan pegawai dan anggota polis dengan sindiiket itu, gaya hidup, pemilikan harta luar biasa, percutian ke luar negara tanpa kebenaran serta pergerakan mereka.
“JIPS akan mendalami siasatan dari pelbagai sudut termasuk ada harta berlebihan yang tidak setara dengan jawatan mereka, kita akan semak dan minta penjelasan.
“Siasatan ini dijalankan mengikut Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,” katanya.
Beliau berkata, secara keseluruhannya sebanyak kira-kira 3,000 aduan membabitkan pegawai dan anggota polis diterima setahun.
“Kertas siasatan dibuka kira-kira 300 kes atau 10 peratus dari keseluruhan yang diterima, kesalahan paling tinggi membabitkan salah laku, diikuti tidak hadir bertugas, hubungan iintiim di luar perkahwinan yang tidak dibenarkan serta isu yang menyebabkan prestasi terjejas,” katanya.
Katanya, tahun ini JIPS mengecilkan kes itu daripada 1,000 kes aduan salah laku, dengan mensasarkan 200 hingga 300 kes untuk diselesaikan tahun ini.
“Ada yang sampai dibuang kerja dan juga ramai yang ditamatkan perkhidmatan akibat salah laku atau salah guna dadah. Tiada kompromi lagi, itu kesalahan serius. Ada ramai kes salah guna dadah yang ditangkap akan didakwa di mahkamah selain memecat mereka dari perkhidmatan,” katanya.
2 anggota polis kena POCA bakal dita han kerja
Kuala Lumpur: Dua anggota polis yang dita han mengikut Akta Pencegahan Jenyah (POCA) 1959 kerana dipercayai membantu melindungi kegiatan ‘cuci duit’ oleh sindiiket Macau Scam dan jvdi dalam talian berpangkalan di China, akan dikenakan perintah ta han kerja.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Zamri Yahya berkata, perintah itu bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan susulan kes membabitkan kedua-dua anggota itu.
Menurutnya, tindakan tatatertib akan menyusul bersama tindakan lain selepas siasatan selesai.
“Sekarang ini JIPS masih menjalankan siasatan lanjut dan sudah pasti tindakan tatatertib akan diambil termasuk ta han kerja akan diambil.
“Setelah siasatan selesai nanti tindakan seterusnya akan dimaklumkan nanti,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Untuk rekod, Addy Kanna dan dua anggota polis terbabit kini dita han mengikut POCA bagi membantu siasatan, sementara seorang lagi svspek diburu.
Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar kegiatan ‘cuci duit’ oleh sindiiket Macau Scam dan jvdi dalam talian berpangkalan di China dengan melaburkan wang hasil kegiatan haram itu dengan menawarkan bantuan, modal memulakan perniagaan termasuk dijalankan selebriti tempatan.
Rentetan siasatan ke atas seorang selebriti, SPRM mena han beberapa individu termasuk ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dan Datuk untuk membantu siasatan pada 3 Oktober lalu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Azam Baki dilapor mendedahkan, pihaknya sudah mena han 20 individu termasuk lapan pegawai polis dan seorang warga China, selain akan membuat beberapa siri tangkapan lain.
Harian Metro sebelum ini turut melaporkan, tangkapan ke atas Addy Kanna dan Alvin yang melarikan diri dari Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, 11 Oktober lalu tidak terbabit dalam kegiatan peniipuan atau Macau Scam di negara ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenyah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dilaporkan berkata, sebaliknya kedua-dua mereka adalah koordinator atau ejen untuk menyediakan kemudahan kediaman, pusat panggilan dilengkapi peralatan komputer dan telekomunikasi serta kemudahan internet kepada warga China yang diupah oleh sinidiket peniipuan antarabangsa itu.