Neelofa tersasul panggil PU Riz ‘sayang’ masa buat IG Live
Umum mengetahui hubungan antara selebriti popular Neelofa yang dikatakan telah dirisik oleh pendakwah muda, Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz.
Semalam, pasangan itu telah membuat Instagram (IG) Live bertujuan untuk mempromosikan sebuah program menjana pendapatan dikhususkan kepada golongan suri rumah dan pelajar yang ditubuhkan atas usaha bersama mereka.
Apa yang menarik perhatian netizen sewaktu IG Live tersebut sedang berlangsung, selebriti berusia 31 tahun itu secara tidak sengaja tersasul memanggil PU Riz dengan panggilan ‘sayang’.
“Berapa orang sayang… Eh,” katanya.
Sebaik sahaja sedar dia sudah ‘terkantoi’, Neelofa hanya mampu ketawa dan sepantas kilat terus mengubah topik dengan selingan kata-kata PU Riz yang masih ‘steady’.
Berikutan itu, rata-rata peminat mereka teruja dengan meninggalkan komen ‘bersemut’ di ruangan posting video yang dimuat naik oleh akaun peminat pasangan berkenaan.
Sweet.. Kantoi sayang menyayang
Takpe lofa, kami faham
Haa sayang.. Kantoi sudah
Terdahulu mengikut sumber, mereka dijangka akan disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah pada Mac tahun hadapan. Aww.. So sweet pasangan Neelofa dan PU Riz ni kan?
Sumber: Instagram lovestory.me