Jumaat Terakhir Ramadan, Zionis Israel Serang Jemaah Palestin Ketika Solat Tarawih Di Masjid Al-Aqsa
Sewaktu umat Islam di negara lain sibuk beribadah pada hari Jumaat terakhir di bulan Ramadan, Masjid Al-Aqsa telah diserang oleh zionis Israel mengakibatkan ratusan jemaah yang sedang menunaikan solat tarawih mengalami kecederaan.
Menurut laporan media, pihak polis Israel bertindak mengepung masjid tersebut dan menyerang para jemaah menggunakan ‘shock grenade’ serta senapang berpeluru getah.
Dalam beberapa video yang dikongsi oleh netizen di Twitter, jelas kelihatan jemaah Palestin sedang menunaikan solat tarawih seperti biasa dengan aman.
Namun ketenangan itu dihancurkan oleh pihak zionis Israel yang mengepung masjid dan membaling ‘shock grenade’ serta gas pemedih mata untuk menghentikan jemaah yang sedang solat.
Bagi membalas serangan tersebut, para pemuda Palestin tidak henti-henti bergelut dengan pihak polis Israel dengan cara melempar batu dan botol kaca kepada pihak polis Israel, di luar masjid.
Manakala, jemaah perempuan pula berlindung di dalam masjid, di mana majoriti mereka panik saat masjid itu diceroboh oleh pihak berkuasa Israel tanpa diundang.
“Polis Israel berusaha membubarkan jemaah di dalam Haram al-Sharif menggunakan ‘shock grenade’ dan bom pemedih mata,” kata seorang ahli pejabat Jerusalem Islamic Waqf kepada Anadolu Agency.
Menurut sumber, seramai 163 orang rakyat Palestin cedera manakala 23 yang lain dikejarkan ke hospital akibat terkena serpihan bom dan gas pemedih mata.
Difahamkan lagi, sebelum serangan ke atas Masjid Al Aqsa itu berlaku, hubungan antara zionis Israel dan rakyat Palestin yang menetap di sekitar kawasan Sheikh Jarrah semakin tegang.
Situasi tersebut berlaku apabila Mahkamah Pusat Israel di Timur Jerusalem membuat keputusan untuk mengusir rakyat Palestin dari rumah mereka di Sheikh Jarrah bagi memberi tempat tinggal baru untuk pendatang Israel.
Oleh itu, pihak berkuasa Israel telah mengasari rakyat Palestin serta menghalau mereka secara paksa supaya mengosongkan rumah mereka sendiri.
“Pengusiran itu melibatkan sebanyak 28 buah rumah yang dihuni 500 keluarga Palestin dan ia dilakukan bertujuan untuk memberi penempatan baru buat pendatang Yahudi dalam masa yang sama menghalau rakyat Palestin,” lapor media Andalou’s Agency.
Motif utama pengusiran itu dipercayai sebagai satu tindakan ‘pembersihan etnik’ atau ‘ethnic cleansing’ terhadap rakyat Palestin dengan cara menghapuskan populasi mereka sedikit demi sedikit.
Mereka dihalau dari rumah sendiri dan diserang dengan bom!
Insiden tersebut membuatkan ramai netizen di serata laman sosial meluahkan rasa marah dengan tindakan Israel terhadap warga Palestin.
Mari sama-sama berdoa untuk rakyat Palestin
Semoga Allah melindungi mereka
#SaveSheikhJarrah
Umat Islam diserang, jangan senyap sahaja!
Ramai yang bersolidariti dengan nasib rakyat palestin di Sheikh Jarrah dan Masjid Al-Aqsa, justeru itu tanda pagar #SaveSheikhJarrah menjadi trending di Twitter hari ini.
Sumber: Twitter #SaveSheikhJarrah Anadolu’s Agency