Hubungan jadi tanda tanya, tular WhatsApp dakwa Pu Riz & Neelofa dah nikah?
Sejak semalam, nama PU Riz dan Neelofa telah trending di media sosial disebabkan beberapa spekulasi yang menyatakan seolah-olah pasangan tersebut sedang dilanda masalah.
Lebih menjadi teka-teki adalah posting daripada ibu dan adik-beradik Neelofa yang menyertakan qoute hampir sama sehingga membuatkan netizen mulai tertanya-tanya.
Gambar-gambar semasa pertunangan mereka juga sudah dipadam dari Instagram ibu Neelofa dan adik-beradiknya yang lain.
Khabar angin kata dah kahwin?
Namun, , apa yang paling mengejutkan adalah khabar angin mengatakan Neelofa dan Pu Riz atau nama sebenarnya Haris bin Ismail telah bernikah tanpa pengetahuan keluarga.
Katanya dah tahu lama, betul ke?
Perkara tersebut dimuat naik oleh seorang individu yang mendakwa mengenali ‘orang dekat’ dalam kehidupan Neelofa di Twitter sebelum tular ke laman sosial yang lain.
Menurut tangkapan skrin WhatsApp tersebut, Neelofa dan PU Riz di dakwa sudah bernikah di Kelantan berwalikan bapa kandung selebriti wanita itu tanpa pengetahuan keluarganya yang lain.
Masing2 masih berdiam diri
Walau bagaimanapun, spekulasi berkenaan hubungan mereka masih lagi menjadi persoalan ramai. PU Riz dan pengasas jenama hijab Neelofar itu masih belum membuka mulut menjelaskan keadaan sebenar.
Terdahulu, nama kedua-duanya telah tular di media sosial setelah ahli keluarga Neelofa saling memuat naik status di Instagram seperti ‘memerli’ seseorang.
Mereka juga seakan bersepakat ‘memboikot’ PU Riz apabila adik-beradik dan ibu Neelofa tidak lagi mengikuti pendakwah tersebut di Instagram dan memadam gambar majlis pertunangan mereka tempoh hari.
Sumber: Fairul Azhar, Twitter