Tengku Hassanal Bertitah Anjurkan Solat Hajat, Tahlil Dan Doa Selamat Untuk Kesihatan Yang Di-Pertuan Agong


Sejak dua hari yang lalu, rakyat Malaysia menerima perkhabaran kegeringan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah apabila baginda dilaporkan telah dimasukkan ke Wad Diraja, Institut Jantvng Negara (IJN).


Berita ini sudah semestinya disusuli dengan ucapan dan doa dari rakyat jelata agar YDPA dikurniakan kesembuahan dengan segera.

Terbaharu, dalam satu kenyataan media yang dimuat naik di Instagram peribadi Ke Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah bertitah agar semua masjid di negeri Pahang mengadakan solat hajat, bacaan yasin, tahlil dan doa selamat.


Majlis solat hajat, bacaan yasin, tahlil dan doa selamat tersebut akan diadakan selepas Solat Maghrib pada Khamis 24 September 2020.

Kemudian pada hari Jumaat 25 September 2020, solat hajat sahaja akan didirikan setelah selesai menunaikan Solat Jumaat.

Dalam kenyataan yang sama, baginda juga mendoakan agar negara kita bebas dari wab4k, benc4na mal4petaka dan huru hara.



Sumber: Bernama

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: LM