CHINA MENGAMBIL ALIH ASET NEGARA ZAMBIA

CHINA 🇨🇳 MENĞAMBIL ALIH ASET NEGARA ZAMBIA.

 China mengambil alih aset Negara Zambia salah satu mimpi ngeri untuk Afrika.
 Laporan perbualan antara kerajaan Zambia dan China mengenai syarikat elektronik negara Zambia iaitu Zesco diserahkan kepada China oleh kerana ketidakupayaan Zambia untuk memenuhi janji bayaran balik pinjaman. Ini dijangka kerana China sudah mengawal syarikat penyiaran negara Zambia sebelum itu ( ZNBC ). 

Terdapat juga ketakutan lapangan terbang utama di Lusaka boleh menjadi sasaran seterusnya. Jelas sekali , Zambia dalam masalah dan menfaat pinjaman China yang lain , mereka harus bersedia untuk kemungkinan yang sama mereka tidak mampu membayar China. China bijak dan sengaja menjajah Afrika dengan cara ini. 

Pangkalan Tentera mereka di Dijaboti melihatkan pengaruh China di Afrika . Mereka memahami defisit pembangunan di benua Afrika dan ia secara strategi mengekalkan masa depan Afrika di bawah tangan China.

 Afrika mempunyai sumber yang China perlukan dan pertahankan , terutamanya minyak , tembaga dan emas. Cara terbaik untuk memastikan bekalan yang banyak untuk masa akan datang adalah menjadikan negara2 yang berhutang menjadi sebahagian dari sumber pendapatan China. 

 Laporan yang didedahkan bahawa bilangan besar negara Afrika telah mengambil pinjaman dari China sejak tahun 2000 , menjelang 2016 sebanyak $ 124 bilion pinjaman telah diberikan. Afrika hanya menjadi mangsa kejahilan pemimpinya sendiri walhal dunia telah memberi amaran tentang matlamat sebenar China.

 Hampir kesemua ekonomi di sub-Saharan Afrika hari ini berhutang dengan China. Apa yang membuatkan ini lebih teruk ialah kebanyakan mereka mempunyai unjuran ekonomi yang teruk menunggu masa dijarah oleh China .

 Sebagai contoh kira2 72 peratus daripada hutang biaterial $ 50 bilion Kenya berhutang kepada China , dengan negara Afrika Timur meminta tambahan $ 3.8 bilion lagi daripada China. Nigeria juga baru2 ini meminjam $ 5 bilion dari China dan Angola masih berhutang kira2 $ 21.2 billion dengan cadangan ingin meminjam $ 4.4 bilion lagi. 

 Afrika Selatan sepatutnya mendapat $ 14.5 bilion dalam pelaburan China tidak lama lagi dan satu lagi pinjaman $ 2.5 bilion untuk syarikat kuasa nasional negara , ESKOM.
 Ekonomi yang lebih lemah seperti Republik Demokratik Congo , Sudan dan Ethiopia juga mempunyai hutang yang besar dari China. Dengan cara ini China mengekxplotasi penjualan senjata keluaran negara mereka kepada Afrika. 

Tidak pelik bilamana sesetengah negara Afrika membeli peralatan ketenteraan dari China atas tekanan dari pihak China sendiri. Sekarang Afrika menghadapi masalah dengan China sebagai pemberi pinjaman dan bila2 masa eset2 negara mereka bertukar tangan pada China.

 Kesatuan Afrika melaporkan pada tahun 2014 bahawa benua Afrika kehilangan $ 184 bilion . Jelas sekali kerajaan2 Afrika tidak boleh menyediakan semua yang diperlukan untuk menjadikan ekonomi berkembang . 

Malah semakin banyak memakan diri bila semakin besar masalah yang dicipta untuk ekonomi bila bertongkatkan China. China telah berjaya mengikat benua Afrika dibawah telunjuk mereka . Sebagai pengajaran untuk kita semua yang sedang berhadapan dengan tindak tanduk China di Laut China Selatan. 

 - SD💪 Page Pencinta Dunia Ketenteraan Dan Pertahanan.