Dakwa polis tk jaga solat, sekali netizan korek kisah lama Asri
PENIAGA burger kontroversi, Mohd Asri Hamid, 42, atau Asri Janggut mencetuskan perdebatan hangat di media sosial apabila mendakwa kebanyakan polis dan tentera tidak menjaga solat.
Dakwaan itu yang dibuatnya itu tular di media sosial serta ramai netizen mengecam kata-katanya itu.
Asri dalam video itu mendakwa kebanyakan yang menyertai polis dan tentera tidak menjaga solat.
“Hisap rokok, tak jaga sembahyang. Cuba tanya anggota polis, subuh sembahyang tak?
“Bila last (kali terakhir) bawa isteri sembahyang subuh?
“Pernah tak tanya anak apa itu syahadah? Bermakna sebenarnya segala kuncinya,” itu antara petikan terpacul daripada mulut Asri Janggut yang tular.
Ramai netizen menyifatkan pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia itu melakukan sangkaan buruk terhadap pasukan keselamatan.
Netizan dedah rekod lampau Asri
Malah ada netizen di Facebook (FB) yang mengorek pula rekod lampau Asri Janggut termasuk mempunyai rekod jenayah memukul isterinya.
Pemilik akaun Nazirul Syahmi mendakwa Asri Janggut juga mempunyai rekod ugutan jenayah dan seleweng wang syarikat.
Bagi pemilik akaun Man Putat’s pula katanya: ‘Sebab itu jangan dipuji terlalu tinggi, syaitan datang berbisik-bisik.’
Begitu juga komen pemilik akaun FB Harimau Putih Selatan: ‘kannn…dah jadi hero mula sembang kuat.’
Harian Metro cuba mendapatkan ulasan Asri Janggut, namun jawapannya menerusi WhatsApp memberitahu belum bersedia bertemu media.
“‘Bismillah..wassalam. Buat masa ini keadaan saya amat tertekan dengan apa yang berlaku. Buat masa ini saya belum bersedia bertemu dengan media,” katanya.
Difahamkan, jam 2 petang ini dia akan membuat kenyataan bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) disiarkan secara langsung.
Hari ini Yusuf terpanggil untuk mengulas isu yang tengah tular mengenai peniaga buger mendedahkan pusat perjudian
Yusuf Azmi dah lama kena Asri
“Menurut Yusoff Azmi, dia sudah lama kenal Asri. Pada tahun 2017, Asri pernah di aniaya oleh rakan kongsi.Beliau seorang yang baik Bukan senang nak benteras sindiket perjudian. Bukan nak cari salah mana mana pihak. Kita perlu lihat dan perlu kaji, kesan dari covid-19 rakyat melalui pelbagai ujian yang berat untuk mencari makan.
“Itu mungkin luahan hati dari seoarang peniaga kecil di tepi jalan, kerana bukan perkara yang mudah untuk berniaga di tepi jalan. Saya yakin pihak bewajib, khusunys pihak polis di sg buloh boleh menilai kembali perkara ini secara rasional. Kita tak boleh nak salahkan KPN, atau ketua polis negeri kerana kes yang terlibat berlaku di daerah sungai buloh
Berikut pula nasihat dari Yusoff Azmi
“Harap Saudara Asri perlu perjelaskan tentang tuduhan ke atas Semua Pasukan Polis dan Angkatan Tentera Malaysia.
“Saya bersimpati pada saudara Asri di atas apa yang berlaku kepada beliau.
“Dan menyokong beliau pada permulaan.
“Saya harap kenyataan beliau adalah disebabkan terlalu teruja dan membuatkan beliau tersasul..
“Kita tidak mahu menyimbah api.. Kita cuba letakkan air untuk diredakan.
“Tetapi pada masa yang sama saya juga memikirkan maruah PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia.
“Saya juga dari keluarga Polis.. Dan terkesan dengan tuduhan sebegitu”
Sabtu lalu, pendedahannya mengenai rumah judi dan penjualan rokok seludup di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh menjadikan dia umpama hero dan menggemparkan negara.